Tularan.com
tularan bawang sihat

6 Khasiat Penting Bawang yang Tidak Diketahui

Makan bawang memang boleh menyebabkan bau badan sehingga mendatangkan rasa tidak selesa pada diri sendiri dan orang lain.

Namun di sebalik itu, ramai tidak tahu yang bawang mempunyai khasiat tertentu untuk tubuh badan yang tidak sepatutnya anda ketepikan.

Antaranya, ia dapat menurunkan kolestrol dalam badan.

Malah makan sahaja secara mentah dengan lebih teratur mampu memberi kesan yang lebih baik.

tularan bawang

1. Mengawal gula dalam darah
Mineral penting dalam bawang besar dapat membantu sel-sel untuk bertindak balas dalam mengawal paras gula dalam badan.

2. Mencegah asma
Memudahkan pengeluaran kahak dalam dada pesakit asma yang mengalami batuk teruk

3. Memudahkan penghadaman
Bawang besar mempunyai serat yang dapat membantu dan mengekalkan kesihatan dalam sistem penghadaman. Serat yang ada membantu penyakit daripada mengalami sembelit misalnya.

4. Meningkatkan sistem imun
Memberi manfaat dalam meningkatkan sistem imun dan merawat keradangan dan sistem kunci yang kuat dapat mempertahankan diri daripada penyakit.

5. Bantu mencegah kanser
Kandungan bawang merah disebut dengan zat quercetin. Quercetin adalah zat yang membuat bawang menjadi berwarna warna merah gelap. Menurut University of Maryland Medical Center, zat quercetin termasuk dalam zat antioksidan yang berperanan dalam melawan radikal bebas yang berbahaya dalam tubuh.

6. Menurunkan tekanan darah
Dalam jurnal Pharmacological Reports pada 2009, melaporkan bahawa zat quercetin yang tinggi ada di dalam bawang merah mampu menurunkan tekanan darah yang tinggi. Seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi berisiko untuk mengalami berbagai penyakit degeneratif, seperti penyakit jantung, strok, buah pinggang, dan diabetes.

Sumber: FreeMalaysiaToday

Jane Balkis

Penulis Residen Tularan.com. Mula menulis sejak sekolah Menengah lagi. Semakin giat mempelajari teknik penulisan yang betul, setelah penulisannya kerap disiarkan di majalah sekolah, dulu. Berterusan belajar, "Bagaimana supaya pembaca membaca hingga ke perenggan terakhir."

SPONSOR