Tularan.com
tularan family aktif feature

Adakah Anak Anda Hiperaktif atau Aktif? Cara Mengenalinya

Lihat perbezaannya, supaya jangan mudah mendakwa anak hiperaktif. Anak hiperaktif adalah satu masalah yang serius ia bukan sekadar anak lasak.

Ciri- ciri Anak Aktif

tularan aktif famili

  1. Anak aktif mampu memberi tumpuan. Ketika bermain puzzle atau menyusun blok contohnya, mereka boleh fokus menyelesaikan permainan.
  2. Anak aktif masih boleh mendengar kata dan mematuhi arahan asalkan ibu bapa pandai memujuk dan memberi alasan yang boleh diterima.
  3. Anak aktif mungkin lebih kreatif seperti mampu mencipta permainan baru dengan sendiri.
  4. Boleh bersabar untuk menghabiskan sesuatu permainan atau menunggu giliran bermain.
  5. Tahu penat, bila letih anak aktif akan berhenti bermain dengan sendiri untuk berehat.

Ciri-ciri Anak Hiperaktif

tularan famili hyperaktif

  1. Tidak fokus, anak hiperaktif biasanya tidak mampu bermain satu-satu permainan lebih dari 5 minit.
  2. Sukar mendengar kata dan arahan malah melawan. Dia akan terus melakukan aktivitinya sesuka hati.
  3. Cenderung merosakkan contohnya permainan. Dia lebih suka membongkar alat permainan dan bermain dengan caranya sendiri.
  4. Anak hiperaktif tidak belajar dari kesilapan malah akan melakukan kesilapan berulang kali.
  5. Tidak mudah penat dan kebanyakan aktiviti anak hiperaktif tanpa tujuan jelas.
  6. Tidak sabar dan cenderung agresif. Anak hiperaktif tidak mahu menunggu dan sering merebut barang yang dipegang rakannya malah boleh tiba-tiba memukul rakan tanpa sebab.
  7. Anak hiperaktif adalah sesuatu yang serius jadi jangan mudah mengatakan anak sedemikian. Anak hiperaktif bukan sekadar lasak tapi mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan.

Ia merupakan satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak itu bersikap aktif sejak lahir, berkelakuan mengikut gerak hati, perhatian mudah berubah serta sukar mengasingkan maklumat. Keadaan ini memerlukan rawatan dari pakar.

Sumber: Internet

Syarifah Atilia

Belajar menulis dengan membaca gaya tulisan penulis terkenal. Kini Penulis Residen Tularan.com. "Siapa kata menulis itu kerja mudah?"

SPONSOR