Tularan.com
featured

Episod 13 : Punca Kematian

AKU sambung lagi cerita bedah siasat jasad Datuk Mazlan Idris. Pada masa ini (1995/94) kaedahnya tidaklah se canggih sekarang. Macam cerita CSI dengan segala bantuan sains dan teknologi sekarang mereka dapat selesaikan semua masalah.

Tapi apabila aku dengar keterangan Dr Abdul Rahman Yusof aku tabik pada dia. Orang kita pun tak kurang hebatnya. Keterangannya sukar dicabar terutama dari segi teknikal. Biasanya peguambela pandai putarbelitkan soal teknikal nak lepaskan anak guam mereka.

Ke lain pula aku. Aku sambung balik keterangan Dr Abdul Rahman yang disoal Timbalan Pendakwaraya Zakaria Sam.

4
Menyeramkan. Lokasi pembunuhan

ZAKARIA: Hasil daripada pemeriksaan, apakah kesimpulan atau sebab kematian?

DR RAHMAN: Hasil daripada pemeriksaan menunjukkan lelaki ini adalah dalam keadaan sihat dan tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan dia mengalami penyakit ataupun perubahan patalogi yang boleh menyebabkan kematiannya. Hasil bedah siasat menunjukkan bahawa jasad itu telah dicerai-ceraikan kepada 18 bahagian, termasuk lima bahagian ketulan daging. Luka hiris pada bahagian leher adalah luka utama menyebabkan kematian dengan terputusnya struktur-struktur leher. Ini juga dikenali dengan istilah `decapitation of head’. Berdasarkan kepada bentuk kecederaan di mana tidak ada luka tangkisan (defensive wound). Luka di bahagian leher adalah luka hiris atau satu tetakan menggunakan senjata yang tajam dan berat. Dan luka ini menyebabkan kematian yang serta-merta, iaitu terhentinya sistem denyutan jantung atau pernafasan, terputusnya saluran saraf tunjang dan terputus saluran-saluran darah utama yang menyebabkan pendarahan. Dengan ini saya mengesahkan bahawa kematian dalam kes ini adalah disebabkan “decapitation of head due to sharp and cutting heavy weapon”. (terputusnya kepala disebabkan tetakan senjata tajam dan berat).

ZAKARIA: Ada lima ketulan daging, adalah ia tercerai cara semula jadi?

DR RAHMAN: Bukan sebab semula jadi tetapi diceraikan.

HAKIM: Bagaimana diceraikan?

DR RAHMAN: Paha dipotong terlebih dahulu dan dipisahkan daripada tulang.

HAKIM: Dengan senjata?

ZAKARIA: Boleh doktor jelaskan kedudukan jasad ketika leher terputus, dipancung?

DR RAHMAN: Kalau menurut bentuk kecederaan sebagaimana yang saya sebut tadi, saya tidak lihat luka tangkis atau defensive wound. Luka yang menyebabkan kematian ada pada leher. Tetakan ini adalah bersesuaian dengan tetakan daripada hadapan ke belakang di mana tetakan ini menyebabkan tulang dari depan ke bekalang dipotong, dalam keadaan melentang bukan terbaring atau tertunduk.

ZAKARIA: Boleh doktor beritahu mahkamah jangka waktu kematian?

DR RAHMAN: Ya. Masa kematian yang pasti tidak mungkin. Anggaran masa berdasarkan kepada keadaan mayat dan perubahan selepas kematian.

Sebagaimana anggaran ini, mayat ini mati lebih daripada dua minggu tapi tidak melebihi empat minggu (iaitu ketika ditemui pada 22 Julai 1993).

Ada orang tanya ketika dibunuh bagaimana keadaan Datuk Mazlan – dia sedar atau tidak. Berdasarkan bedah siasat Datuk Mazlan idris dipercayai tidak melawan ketika kepalanya dipancung. Dr Abdul Rahman membuat andaian itu berdasarkan ketiadaan luka tangkis pada jasad Mohd Mazlan selepas pemeriksaan dan bedah siasat.

“Jika mengikut bentuk kecederaannya, saya tidak lihat luka tangkis. Saya juga dapati tiada kesan tumbukan atau tikaman pada jasad itu.

“Berdasarkan pemeriksaan juga, saya percaya tidak berlaku pergaduhan sebelum kepalanya dipisahkan daripada leher,” katanya. Dia juga percaya Mohd Mazlan masih hidup dan berada dalam kedudukanmenelentang dengan mukanya ke atas ketika dipancung.

Dr Abdul Rahman memberitahu mahkamah bahawa Mohd Mazlan tidak mungkin berdiri atau membongkok ketika kematiannya. Selain itu, katanya, luka yang menyebabkan kematian adalah pada leher.

Menurutnya, tetakan itu adalah bersesuaian daripada hadapan ke belakang menyebabkan tulang dari dagu ke belakang dipotong. Katanya, adalah jelas bahawa kepala itu terputus keseluruhannya dengan tiga kesan tetakan pada paras tulang belakang leher.

“Keadaan potongan itu adalah potongan bersih dan licin merintangi bahagian hadapan terus ke belakang,” katanya. Selepas ini kita dengar pula keterangan Juraimi bagaimana Datuk Mazlan ditetak.

Episod 1 – Mukadimah
Episod 2 – Latar Belakang Mona Fandey
Episod 3 – Fakta Kes
Episod 4 – Perbicaraan Kes
Episod 5 – Peribadi Mona
Episod 6 – Kecantikan Mona
Episod 7 – Fakta Pembunuhan
Episod 8 – Barang Kes
Episod 9 – Bahagian Tubuh Mangsa
Episod 10 – Perincian Kes
Episod 11 – Sambungan Perbicaraan
Episod 12 – Keterangan Bedah Siasat
Episod 13 – Punca Kematian
Episod 14 – Keterangan Juraimi
Episod 15 – Sambungan Keterangan Juraimi
Episod 16 – Penyesalan Juraimi
Episod 17 – Madziana
Episod 18 – Bela Diri
Episod 19 – Tongkat Sakti dan Songkok Hikmat
Episod 20 – Akhirnya, Keputusan Juri
Episod 21 – Pukau
Episod 22 – RM2.5 Juta
Episod 23 – Kasih Gondrong
Episod 24 – Yang Arif
Episod 25 – Penggulungan Hujah
Episod 26 – Jujur
Episod 27 – Gila
Episod 28 – Keraguan Munasabah
Episod 29 – Kanun Keseksaan
Episod 30 – Tuan-tuan & Puan-puan…
Episod 31 – Sayang!?
Episod Finale – Senyum

Jane Balkis

Penulis Residen Tularan.com. Mula menulis sejak sekolah Menengah lagi. Semakin giat mempelajari teknik penulisan yang betul, setelah penulisannya kerap disiarkan di majalah sekolah, dulu. Berterusan belajar, "Bagaimana supaya pembaca membaca hingga ke perenggan terakhir."

SPONSOR