Tularan.com
featured

Episod 25: Penggulungan Hujah

AKU dah bawakan keterangan saksi dan ketiga-tiga kes bunuh Datuk Mazlan idris di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1994 dan 1995. Perbicaran yang pada awalnya boleh diselesaikan dua bulan berlarutan sampai enam bulan. Kali ini aku bawakan dulu hujah penggulungan peguambela tertuduh pertama, Juraimi Husin.

Bekas Adun Batu Talam, Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris, menjadi korban pembunuhan untuk ilmu hitam berdasarkan kematiannya yang luar biasa.

Peguambela Karam Singh Bhal berkata, saksi pendakwa kelapan, Perunding Kanan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Abdul Rahman Yusof telah memberi keterangan terperinci bagaimana jasad Mazlan dipotong 18 bahagian.

“Selepas meneliti cara jasad itu ditemui serta keadaan potongan bahagian itu, satu manifestasi menarik timbul, di mana kematiannya adalah satu pembunuhan untuk korban ilmu hitam, orang bomoh.

“Di sini, kami hendak menyoal siapakah bomoh dalam kejadian itu?

“Tertuduh kedua (Mohd Affandi Abdul Rahman) mengaku dia dan isterinya (Maznah Ismail atau Mona Fandey) adalah bomoh, sedangkan Juraimi tidak mengaku dia seorang bomoh,” katanya.

Katanya, pembunuhan Mazlan di rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong dipercayai berlaku tengah malam menjelang 3 Julai 1993.

“Ini bermakna pembunuhan itu berlaku sekitar tengah malam, masa sesuai untuk membuat korban bagi syaitan mengikut cerita dongeng, misteri dan kebanyakan kitab suci,” katanya.

Seorang peguambela Juraimi, Ikmal Hisam Idris pula berhujah, tiga tetakan pada tulang keempat dengan potongan bersih dan licin; luka hirisan bersih; daging dicerai daripada tulang, abdomen dihiris serta zakar hilang, bukanlah perbuatan yang datang sendiri daripada Juraimi.

Menurutnya, perkara itu dilakukan untuk pembomohan, yang datang sendiri daripada Juraimi.

Menurutnya, perkara itu dilakukan untuk pembomohan, yang mana Affandi dan Mona sendiri mengaku mereka adalah bomoh.

“Jika Juraimi berniat membunuh Mazlan kerana dendam seperti yang dicadangkan oleh Gulam (Mustaffa Nadar Ali Khan), adalah tidak munasabah Juraimi melakukan ini semua, cukup dengan memenggal kepala Mazlan,” katanya.

Ikmal Hisam berkata, perbuatan seperti ini tidak akan datang daripada Juraimi sendiri kecuali fikiran tertuduh pertama tidak stabil. Ikmal Hisham dan Karam singh juga berhujah pembunuhan Datuk Mazlan mempunyai kaitan dengan niat untuk membolot harta dan wang ringgit bekas Adun Batu  Talam itu.

Menurut mereka, Juraimi Husin tidak mempunyai sebarang niat atau motif untuk membunuh Mazlan. Malah, kata mereka, tertuduh pertama tidak mendapat sebarang imbuhan lumayan daripada tindakannya membunuh Mazlan pada malam 2 Julai 1993.

Ikmal Hisham berkata, keterangan saksi menunjukkan, Juraimi tidak terbabit dalam sebarang kegiatan yang dilakukan oleh tertuduh kedua, Mohd Affandi Abdul Rahman dan Maznah Ismail atau Mona Fandey.

Katanya, Juraimi tidak terbabit dalam penubuhan syarikat Diana Dignity Sdn Bhd, pembelian barang kemas, perabot dan perkakas elektrik serta rancangan menukar milik tanah dan kereta Mazlan yang membabitkan pasangan itu.

“Semua ini dilakukan tanpa kehadiran atau pengetahuan tertuduh pertama,” katanya.

Karam pula berkata, Juraimi tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada pembunuhan yang dirancang oleh Affandi dan Mona. Menurutnya, tertuduh ketiga hanya diberi RM1,680, termasuk RM1,000 untuk makanan itik selepas malam pembunuhan. “Di sini terbukti, Juraimi tidak mempunyai sebarang motif atau niat untuk membunuh Mazlan,” katanya.

Episod 1 – Mukadimah
Episod 2 – Latar Belakang Mona Fandey
Episod 3 – Fakta Kes
Episod 4 – Perbicaraan Kes
Episod 5 – Peribadi Mona
Episod 6 – Kecantikan Mona
Episod 7 – Fakta Pembunuhan
Episod 8 – Barang Kes
Episod 9 – Bahagian Tubuh Mangsa
Episod 10 – Perincian Kes
Episod 11 – Sambungan Perbicaraan
Episod 12 – Keterangan Bedah Siasat
Episod 13 – Punca Kematian
Episod 14 – Keterangan Juraimi
Episod 15 – Sambungan Keterangan Juraimi
Episod 16 – Penyesalan Juraimi
Episod 17 – Madziana
Episod 18 – Bela Diri
Episod 19 – Tongkat Sakti dan Songkok Hikmat
Episod 20 – Akhirnya, Keputusan Juri
Episod 21 – Pukau
Episod 22 – RM2.5 Juta
Episod 23 – Kasih Gondrong
Episod 24 – Yang Arif
Episod 25 – Penggulungan Hujah
Episod 26 – Jujur
Episod 27 – Gila
Episod 28 – Keraguan Munasabah
Episod 29 – Kanun Keseksaan
Episod 30 – Tuan-tuan & Puan-puan…
Episod 31 – Sayang!?
Episod Finale – Senyum

Jane Balkis

Penulis Residen Tularan.com. Mula menulis sejak sekolah Menengah lagi. Semakin giat mempelajari teknik penulisan yang betul, setelah penulisannya kerap disiarkan di majalah sekolah, dulu. Berterusan belajar, "Bagaimana supaya pembaca membaca hingga ke perenggan terakhir."

SPONSOR