Tularan.com
featured

Episod 31: Sayang?!

CERITAKU mengenai Mona Fandey hampir ke penghujungnya. Waktu itu adalah hari-hari terakhir aku bersama Mona serta dua tertuduh lain – Juraimi Husin dan Mohd Affandi Abdul Rahman.

Cerita dalam mahkamah sudah selesai. Juri memberi keputusan 7-0. Kalau main bola sepak ni kata orang kena belasah teruk macam pasukan Malaysia. Tugas aku tak tamat lagi, aku kena berkejar ke luar mahkamah kena dapat kenyataan daripada ketiga-tiga tertuduh. Uh, mana dan aje le, hulur perakam kaset. Nanti ada satu gambar, engkau orang nampak tangan aku saja. Hasilnya : “Hukuman itu adil dan saya sudah jangka macam itu,” kata Maznah Ismail atau Mona Fandey mengenai keputusan sebulat suara tujuh juri bahawa dia, Affandi dan Juraimi bersalah membunuh Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris.

Katanya, dia puas hati dengan keputusan mahkamah dan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

“Saya menerima keputusan itu. Syukur Alhamdulillah.”

“Saya juga ucapkan terima kasih kepada wartawan dan seluruh rakyat Malaysia. Saya cintakan Malaysia,” katanya ketika dibawa keluar dari bilik mahkamah untuk ke trak polis.

Menjawab soalan, Mona berkata dia sangat sayangkan suaminya, Affandi. “I love Encik Fandi very much,” katanya.

Ditanya mengapa sayang Affandi, Mona menjawab: “Affandi adalah hak saya, hak saya juga adalah hak Affandi.”

Mengenai anaknya Mona menjawab: “Anak saya tak kisah, kalau ada laki, dapat anak.”

Mona ketika ditanya sama ada mahu meminta maaf kepada keluarga Mazlan seperti yang dilakukan oleh Juraimi, katanya:

“Saya sayang pada keluarga Datuk semua. Sebagai adik kandung saya.”

Affandi pula ketika ditanya perkara yang sama pula menjawab:

“I only (saya cuma) minta maaf to God (pada tuhan). Pada isteri Datuk pun tidak.”

“I’m not the one who do it (bukan saya melakukan pembunuhan itu), but he the one who do it (tetapi dia yang melakukannya).”

Juraimi pula ketika ditanya mengenai keputusan mahkamah, berkata dia macam biasa dan tidak gugup ketika menunggu keputusan itu.

Episod 1 – Mukadimah
Episod 2 – Latar Belakang Mona Fandey
Episod 3 – Fakta Kes
Episod 4 – Perbicaraan Kes
Episod 5 – Peribadi Mona
Episod 6 – Kecantikan Mona
Episod 7 – Fakta Pembunuhan
Episod 8 – Barang Kes
Episod 9 – Bahagian Tubuh Mangsa
Episod 10 – Perincian Kes
Episod 11 – Sambungan Perbicaraan
Episod 12 – Keterangan Bedah Siasat
Episod 13 – Punca Kematian
Episod 14 – Keterangan Juraimi
Episod 15 – Sambungan Keterangan Juraimi
Episod 16 – Penyesalan Juraimi
Episod 17 – Madziana
Episod 18 – Bela Diri
Episod 19 – Tongkat Sakti dan Songkok Hikmat
Episod 20 – Akhirnya, Keputusan Juri
Episod 21 – Pukau
Episod 22 – RM2.5 Juta
Episod 23 – Kasih Gondrong
Episod 24 – Yang Arif
Episod 25 – Penggulungan Hujah
Episod 26 – Jujur
Episod 27 – Gila
Episod 28 – Keraguan Munasabah
Episod 29 – Kanun Keseksaan
Episod 30 – Tuan-tuan & Puan-puan…
Episod 31 – Sayang!?
Episod Finale – Senyum

Jane Balkis

Penulis Residen Tularan.com. Mula menulis sejak sekolah Menengah lagi. Semakin giat mempelajari teknik penulisan yang betul, setelah penulisannya kerap disiarkan di majalah sekolah, dulu. Berterusan belajar, "Bagaimana supaya pembaca membaca hingga ke perenggan terakhir."

SPONSOR