Tularan.com
featured

Episod 6: Kecantikan Mona

CERITA Mona Fandey cantik, lawa, menawan, anggun dan seksi rupa-rupanya menjadi perhatian bukan saja dalam mahkamah, malah di luar sana. Aku sebenarnya pernah tengok gambar Mona ketika dia menjadi penyanyi. Aku tak mahulah komen buruk pasal orang lain. Lagipun siapalah aku nak komen orang tu cantik atau tidak. Aku bukannya pakar kecantikan, tapi sekadar wartawan cabuk. Nanti bebudak sekarang cakap cantik ke dia nak mengata orang. Tapi, hakikatnya Mona tidaklah semenawan ketika perbicaraan kesnya. Lain benar Mona yang aku tengok dalam akhbar, majalah dan tv dengan Mona ketika 1994. Tak tahulah aku – dia tu kan bomoh ‘handal’. Tak mahu aku buruk sangka. Dapat dosa aje.

ezgif 2 7fc39520fbd6

Tapi, sewaktu perbicaraan mahkamah diberitahu bahawa Mona pernah menjalani pembedahan plastik di bahagian muka, dahi dan hidung di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Motifnya tentulah supaya kelihatan lebih muda dan cantik.

Pembedahan oleh pakar bedah plastik, Dr Wong Kang Shen di Hospital Tung Shin, Jalan Pudu itu dijalankan pada 15 Julai 1993.

Dr Wong memberitahu Mahkamah Tinggi Temerloh bahawa kos rawatan untuk pembedahan itu lebih RM13,000. Menurutnya, pelanggannya itu, Maznah Ismail, menemuinya di pejabatnya di Plaza KL pada 5 Julai 1993 untuk mendapatkan penerangan mengenai pembedahan berkenaan. “Dalam pertemuan itu, dia (Mona) meminta saya menjadikannya lebih muda dan cantik,” katanya. Dr Wong berkata, pembedahan untuk menegangkan kulit muka dan dahi serta hidung itu berjalan hampir lima jam.

Pembedahan itu adalah dari belakang teling kanan, merentasi atas kepala dan ke bawah bahagian belakang teling kirinya. Dr Chua menyifatkan pembedahan itu sebagai biasa, walaupun agak intensif. Doktor pakar itu juga memberitahu mahkamah, Mona keluar dari hospital itu dua hari kemudian.

Episod 1 – Mukadimah
Episod 2 – Latar Belakang Mona Fandey
Episod 3 – Fakta Kes
Episod 4 – Perbicaraan Kes
Episod 5 – Peribadi Mona
Episod 6 – Kecantikan Mona
Episod 7 – Fakta Pembunuhan
Episod 8 – Barang Kes
Episod 9 – Bahagian Tubuh Mangsa
Episod 10 – Perincian Kes
Episod 11 – Sambungan Perbicaraan
Episod 12 – Keterangan Bedah Siasat
Episod 13 – Punca Kematian
Episod 14 – Keterangan Juraimi
Episod 15 – Sambungan Keterangan Juraimi
Episod 16 – Penyesalan Juraimi
Episod 17 – Madziana
Episod 18 – Bela Diri
Episod 19 – Tongkat Sakti dan Songkok Hikmat
Episod 20 – Akhirnya, Keputusan Juri
Episod 21 – Pukau
Episod 22 – RM2.5 Juta
Episod 23 – Kasih Gondrong
Episod 24 – Yang Arif
Episod 25 – Penggulungan Hujah
Episod 26 – Jujur
Episod 27 – Gila
Episod 28 – Keraguan Munasabah
Episod 29 – Kanun Keseksaan
Episod 30 – Tuan-tuan & Puan-puan…
Episod 31 – Sayang!?
Episod Finale – Senyum

Jane Balkis

Penulis Residen Tularan.com. Mula menulis sejak sekolah Menengah lagi. Semakin giat mempelajari teknik penulisan yang betul, setelah penulisannya kerap disiarkan di majalah sekolah, dulu. Berterusan belajar, "Bagaimana supaya pembaca membaca hingga ke perenggan terakhir."

SPONSOR