Tularan.com
feature image kes pembunuhan paling ngeri malaysia

Hari Pertama Mula Bekerja dan Hari Akhir Hidup

 

Noor Suzaily Mukhtar (9 Jun 1976–7 Oktober 2000) merupakan seorang jurutera komputer Malaysia yang menjadi mangsa pembunuhan kejam pada 7 Oktober 2000. Beliau dirogol, diliwat dan dibunuh di dalam bas Permata Kiara (Laluan Pelabuhan Klang-Klang-Kuala Lumpur), nombor plat WDE 4256, ketika dalam perjalanan untuk melapor diri ke tempat kerja, Pantai Medical Centre, Klang.

Hari pertama bekerja dan juga hari terakhir hidup Suzaily, yang berusia 24 tahun. Selepas 3 hari dari tarikh tersebut, mayat Suzaily ditemui.

suzaily 244x300Biografi
Noor Suzaily dilahirkan pada 9 Jun 1976 di Kangar, Perlis bekerja sebagai jurutera komputer di Kuala Lumpur dan merupakan anak ketiga dan anak perempuan tunggal kepada Mukhtar Ibrahim dan Harison Husin, beliau lebih dikenali Suzy dan merupakan anak yang paling manja dalam keluarganya. Beliau turut menjadi harapan ibubapanya yang sanggup berbuat apa sahaja demi membiayai pelajarannya di United Kingdom.

Pembunuhan dan Kematian
Noor Suzaily, yang ketika itu berusia 24 tahun, bekerja sebagai jurutera komputer telah menaiki sebuah bas awam ke tempat kerjanya, Pusat Perubatan Pantai, Kang bagi melaporkan diri untuk memulakan kerjaya impiannya. Sebaik mengesyaki sesuatu yang mencurigakan, Noor Suzaily mula panik. Beliau dikatakan menjerit untuk meminta bantuan, tetapi telah ditampar dan ditumbuk oleh penyerangnya ketika pergelutan.

Malang tidak berbau, Noor Suzaily telah dirogol dan diperlakukan dengan kejam di dalam sebuah bas ekspres oleh pemandunya, sekaligus meragut nyawanya. Selain dirogol dan diliwat, mangsa turut dipukul tanpa belas kasihan sehingga menyebabkan 44 kesan kecederaan pada tubuhnya. Mayat mangsa kemudiannya dicampakkan di sebuah kawasan perumahan di Bukit Tinggi, Klang dan ditemui oleh pihak polis dan pakar sains forensik, dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya.

pedih09 field image listing featured.var 1457482067

Jenazah Allahyarhamah Noor Suzaily telah dikebumikan di tanah perkuburan di tempat kelahirannya di Kangar, Perlis pada hari berikutnya.

Hanafi Mat Hassan
Pelaku utama bagi kes rogol dan bunuh Noor Suzaily ialah Hanafi Mat Hassan (1966-2008) yang bekerja sebagai pemandu bas, Hanafi berasal dari Kampung Renek, Kota Bharu, Kelantan dan pernah berkahwin sebanyak empat kali, dan bercerai tiga kali. Anak bongsu beliau hasil dari perkahwinannya yang keempat meninggal dunia. Beliau ditahan oleh pihak polis di terminal bas Klang, 3 hari selepas kejadian.

Hanafi yang ketika itu berusia 34 tahun didapati bersalah dan dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 25 April 2002 kerana membunuh Noor Suzaily, 24, di antara Lorong Pegaga, Taman Chi Liung dan tapak pembinaan projek perumahan di Taman Bukit Tinggi, Klang di antara jam 8.50 pagi hingga 9.15 pagi pada 7 Oktober 2000.

Beliau juga menerima hukuman penjara 20 tahun dan 12 sebatan atas tuduhan merogol mangsa. Hukuman penjara yang dikenakan itu adalah maksimum mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Kes berkenaan mendapat liputan meluas sejak mayat Noor Suzaily ditemui dalam keadaan bogel dengan 44 kesan kecederaan di tepi jalan kawasan pembinaan Bukit Tinggi Klang pada petang hari yang sama. Hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat dijerut.

Keadilan telah berjaya ditegakkan apabila pihak polis dan penyiasat menjumpai kesan air mani milik Hanafi di atas lantai bas dan juga bahagian rahim Suzaily.

Tambahan pula, ketika kejadian berlaku seorang pelajar sekolah yang juga merupakan saksi utama, Devan a/l Anbalagan terlihat mangsa mengetuk cermin tingkap bas yang dipandu suspek dalam keadaan tidak terurus.

Namun, saksi gagal untuk mengekori bas berkenaan yang dipandu laju kerana dia hanya menunggang basikal.

Pembuktian

  1. Antara 16 pembuktian termasuk kesan air mani dalam rahim mangsa dan lantai bas, loket mangsa yang disimpan tertuduh dirumahnya serta no siri tiket bas yang sepadan.
  2. Pembuktian ini yang paling kukuh dan langsung tidak dapat dinafikan Hanafi. Dakwaan yang mengatakan Suzaily keluar dengan gopoh dan ada kawan menyaksikan kejadian itu gagal dibuktikan.
  3. Bukti seterusnya, tiket bas yang ditemui dlm beg tangan hitam mangsa jenama Guess yang ditinggalkan di tepi jalan oleh tertuduh.
  4. Beg tangan tersebut dibuang di sekitar Lebuh Raya Keluli. Isi kandungan beg adalah tiket bas, slip bank mangsa yang tertulis no tel rumahnya.
  5. Tulisan nombor telefon yang ditulis tangan oleh mangsa dikenalpasti oleh tunang mangsa. Bukti paling penting adalah tiket bas tersebut.
  6. Syarikat bas itu guna sistem bernombor bagi setiap tiket bas yang dikeluarkan dan juga setiap satunya direkodkan dengan teliti.
  7. Tertuduh diberi kunci bas dan juga kod 4 angka bagi dimasukkan dalam mesin tiket. Kod tersebut adalah 6095, kepunyaan tertuduh sahaja kod itu.
  8. Nombor siri tiket Suzaily adalah 010956 dan disahkan oleh ketua tiket syarikat bas yang tiket tersebut datang dari mesin dengan nombor kod pemandu 6095.
  9. Bukti seterusnya kesaksian seorang pelajar sekolah yang melihat sendiri mangsa dalam keadaan tidak terurus mengetuk tingkap cermin bas, panik.
  10. Saksi hanya berbasikal dan sempat mengekori separuh jalan sebelum bas menghala ke kawasan yang tidak diketahui. Namun dapat melihat mangsa menangis.

Pembunuh ke Tali Gantung
Perbicaraan kes itu bermula pada 12 Mac 2001 di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan rayuan terakhir Hanafi ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 12 Disember 2006.

Pembunuh Noor Suzaily Mukhtar

Berdasarkan dari fail Polis Diraja Malaysia, Hanafi pernah terlibat dan dikehendaki bagi kes merogol yang melibatkan bekas isterinya di Mentakab, Pahang pada tahun 1988. Tertuduh juga pernah terbabit dalam kes pecah amanah di Subang Jaya, Selangor pada 1994 di samping didapati bersalah bagi kes samun dan dikenakan dua kali sebatan di Chukai, Terengganu pada 1996.

Pada subuh 19 Disember 2008, Hanafi maut di tali gantung di Penjara Kajang, Selangor. Ketika itu, beliau berusia 42 tahun, (terbalik dari angka 24, umur mangsa). Jenazahnya dibawa ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dibawa pulang ke kampung halamannya di Binjai, Kelantan. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kubur Datu, Binjai, kira-kira jam 6 petang.

Di Dalam Media
TV3 menerusi rancangan KES: Kronologi. Eksklusif. Siasatan terbitannya menyiarkan kes pembunuhan Noor Suzaily.

Sumber: Wikipedia dan Internet

Jane Balkis

Penulis Residen Tularan.com. Mula menulis sejak sekolah Menengah lagi. Semakin giat mempelajari teknik penulisan yang betul, setelah penulisannya kerap disiarkan di majalah sekolah, dulu. Berterusan belajar, "Bagaimana supaya pembaca membaca hingga ke perenggan terakhir."

SPONSOR