Tularan.com

Ibu Unta pun Tak Tahu Jawapan Soalan Terakhir

Anak unta yang serba ingin tahu bertanya kepada ibunya:

Anak: Ibu, kenapa jari kaki kita besar?

Ibu: Oh, supaya kita tak terbenam dalam pasir yang lembut di padang pasir.

Anak: Oh begitu. Kenapa bulu mata kita panjang?

Ibu: Untuk mengelak dari dimasuki pasir bila kita berjalan di padang pasir.

Anak: (Masih ingin tahu) Kenapa kita ada bonjolan besar di belakang?

Ibu: (Sedikit marah sebab malas nak menjawab) Bonjolan itu menyimpan lemak dan air. Bila kita tak dapat makanan masa berjalan di padang pasir, bonjolan itu mengeluarkan lemak dan air untuk kita.

Anak: Wahhh… bertuahnya kita. Kaki kita untuk mengelak tenggelam dalam pasir, bulu mata untuk menghalang pasir, bonjolan untuk bekalan berjalan jauh di padang pasir…

Si anak diam sejenak seperti memikir.

Anak: Tapi Bu…

Ibu (Meninggi suara) Tapi apa lagi?

Anak: Tapi kenapa kita duduk dalam Zoo?

Kang Razzi Armansur

Orang yang sudah biasa menulis. Dan bolehlah dikatakan sebagai kerjayanya. Sudah menghasilkan lebih 30 judul buku. Sebahagiannya 'best-seller'. Juga mengajar menulis walaupun merasakan tidak layak untuk mengajar cara-cara menulis. Ia telah dibukukan dengan judul, "Ini Buku Saya!"