Kurus dengan fiber? Bolehkah? Sebenarnya ada yang lebih utama dari itu. Fiber sangat penting untuk keperluan tuibuh badan, bukan untuk menjadi kurus semata-mata.
Kepentingan fiber diabaikan. Itulah yang kerap berlaku. Oleh sebab diabaikan, selalunya, pengambilan serat (fiber) dalam diet harian tidak dipentingkan, menjadikan rakyat Malaysia kurang mengambil fiber, walhal ia adalah sebahagian penting dalam diet harian.
Fiber tidak dihadamkan dan diserap oleh tubuh badan. Tidak seperti protein, karbohidrat, lemak yang dihadamkan dan diserap oleh tubuh badan. Fiber terus masuk ke dalam perut, usus kecil, usus besar dan akhirnya dibuang keluar.
Antara kepentingan fiber:
- Melancarkan pembuangan najis. Juga melancarkan kekerapan pembuangan najis secara regular, harian.
- Mengelakkan sembelit.
- Membantu menjaga kesihatan usus.
- Membantu merendahkan kolesterol.
- Membantu menstabilkan gula dalam darah.
- Membantu dalam penurunan dan kawalan berat badan.
- Membantu mengelakkan penyakit berkaitan jantung.
Sering kita diberi pemahaman yang kurang tepat. Katanya untuk ‘cuci usus’. Ini tidak benar. Tetapi, mungkin sekali melancarkan pembuangan najis itu dianggap sebagai ‘cuci usus’. Atau mungkin fiber hanya melalui perut dan usus juga disebut sebagai ‘cuci usus’.
BUKAN HANYA UNTUK KURUSKAN BADAN
Tidak semestinya mereka yang mahu mengurangkan berat badan sahaja yang perlu serius dalam pengambilan fiber, kerana ia sebahagian penting dalam pemakanan harian. Jikalau dalam usaha menurunkan berat badan, pengambilan fiber menjadi lebih penting lagi.
Fiber ada 2 kategori dan kedua-duanya sangat penting dalam pemakanan.
- Fiber boleh larut: Ia larut dalam air berubah menjadi seperti gel. Sains mengatakan ia mampu untuk menurunkan paras kolesterol dan juga glukosa dalam badan. Fiber boleh larut terdapat dalam oat, kekacang, bijirin, epal, buah-buahan sitrus, lobak, barli dan psyllium husk.
- Fiber tidak larut: Ia masuk ke dalam sistem penghadaman dan menjadikan najis lebih ‘berat’ membolehkan ia ‘menolak najis’ dengan lebih mudah terutama bagi yang kerap mengalami sembelit. Ia juga akan membantu kekerapan pembuangan najis dengan regular. Ramai juga yang tidak dapat membuang najis secara harian, setiap hari. Mengikut pakar sebaik-baiknya pembuangan najis terjadi secara natural 2 kali sehari, bukannya 2 hari sekali.
Wheat bran, tepung whole-wheat, kekacang, bijirin, ubi kentang, kubis bunga, kacang buncis, adalah antara fiber tidak larut yang terbaik.
BUKAN SEKADAR FIBER SEPERTI DI PASARAN
Berapa pula keperluan harian kedua-dua fiber larut dan tidak larut itu.
Lelaki:
50 tahun ke bawah = 38 grams
50 tahun ke atas = 30 grams
Perempuan:
50 tahun ke bawah = 25 grams
50 tahun ke atas = 21 grams
Fiberwise, bukan sekadar minuman fiber. Ia lebih dari itu. Sudah digunakan sejak 30 tahun lalu dan diakui keberkesanannya. Diyakini kerana menggunakan 100% ekstrak semula jadi. Antara produk yang begitu laris jualannya, sejak 1985 lalu di seluruh dunia dan sejak 2010 di Malaysia. Semakin hari semakin dipercayai.
Satu skop Fiberwise merupakan kelengkapan fiber yang diperlukan. Namun, kelebihannya, dalam 1 skop itu bukan hanya fiber, bahkan lebih dari itu.
Dalam 1 skop Fiberwise mengandungi 10 grams fiber larut dan 2 grams fiber tidak larut. Bukan itu sahaja, lebih dari itu mengandungi Prebiotik Fiber (untuk bakteria baik dalam usus), Probiotik (penghadaman), Aloe Vera (pembuangan najis secara regular) Burdock Root (menyamankan), Halia (mengurangkan angin dan gas), Peppermint (menyamankan penghadaman), Licorice Root (menyamankan perut), Grape Seed (perlindungan dari Radikal Bebas), Green Tea (membantu Metabolisme), Vitamin A (membantu imunisasi), Vitamin C, E (Aktioksidan yang kuat).
Lebih diyakini formulasi ini dicipta oleh pakar pemakanan. Cuma, ia tidak dijual di mana-mana kerana menjadi polisi syarikat ini melarang dari menjualnya. Hanya boleh diperoleh jikalau menjadi ahli atau bolehlah dikatakan, ‘Buyers Club’.
Untuk lebih lanjut mengenai Fiberwise dan ‘Buyers Club’, sila layari: Rightstep.my