Tularan.com
Menghapuskan pemberah hidup

Punca utama rezeki tersekat, hidup berat. Bagaimana cara melancarkannya?

Punca utama rezeki tersekat adalah pemberat hidup. Setelah pemberat hidup dihapuskan atau dikurangkan, maka lancarlah perjalanan rezeki. bagaimana menghapuskan pemberat hidup? Apa rahsia bebas hutang?

Analoginya — hujan itu ibarat rezeki yang mencurah, tetapi longkang pula tersumbat di sana-sana ini menyebabkan aliran air (rezeki) tidak lancar. Apabila dibersihkan kotoran-kotoran yang menyekat aliran air tadi, maka air akan berjalan lancar, dan laju.

IBARAT SALURAN JANTUNG TERSUMBAT
Apabila saluran darah ke jantung tersumbat dengan plak yang terhasil dari kolesterol, lama-kelamaan tanpa sebarang tanda, aliran darah gagal untuk sampai ke jantung. Juga darah yang dipamkan dari jantung tersekat dan tidak sampai ke anggota badan dan otak. Apa akan jadi? Paling buruk ialah kematian.

Rezeki yang tersekat-sekat tentu sekali bersebab. Apa impaknya? ‘Kematian’ — sentiasa menghadapi masalah kewangan. Wang ibarat oksigen — tanpa oksigen atau kurang oksigen boleh menyebabkan kematian.

Apakah ‘kotoran’ yang menyekat rezeki? Ada 2 yang paling utama iaitu Dosa dan Hutang.

Dosa walau setinggi gunung sekali pun apabila sudah insaf, taubat dengan penuh kesungguhan, Allah berjanji akan melupuskannya. Tapi janganlah pula berbuat dosa kerana janji Allah itu. Elakkan, hindari dosa, itu yang semestinya.

Cukupkah begitu? Tidak, sebaliknya setiap hari sentiasa melakukan kebaikan demi kebaikan bagi menutupi keburukan (dosa) sebagaimana air paip yang mengalir berterusan akhirnya menggantikan air keruh yang bertakung di dalam tempayan.

WALAU HUTANG SELUAS LAUTAN
Hutang juga, walau seluas lautan, tetap boleh dilangsaikan, asalkan bulat tekat (determination), kesungguhan dan optimis di samping setiap hari, berkali-kali dalam sehari berdoa memohon dengan sehabis kesungguhan.

Cukupkah begitu? Tentu sekali tidak. Di dalam buku mini ‘Menghapuskan Pemberat Hidup’ dijelaskan cara paling tepat untuk melangsaikan hutang tak kira sebanyak mana hutang tersebut. Yang paling utama, sama sekali tidak mengganggu perbelanjaan bulanan.

Antara cara yang dijelaskan dalam buku mini penting tersebut, ringkasannya:

  1. Niat sahaja tidak mencukupi. Ada yang perlu disertakan dengan niat juga sangat penting.
  2. Apa langkah pertama untuk melangsaikan hutang? Menyenaraikan keseluruhan hutang adalah langkah awal dan utama.
  3. Pilih melangsaikan berdikit-dikit atau sekali gus. Namun jangan harap akan dapat melangsaikan sekali gus jika tidak pernah memulakan dengan berdikit-dikit.
  4. Bagaimana mendapatkan sumber yang telah tersedia di sekeliling kita khusus untuk melangsaikan hutang, jadi tidak akan mengganggu pendapatan atau gaji bulanan kita yang diperlukan untuk menangani hidup.

Akan kelihatanlah bukti-bukti bagaimana rezeki yang telah lama tersedia itu begitu lancar, tidak lagi tersangkut-sangkut sebaik sahaja memulakan langkah pertama, ‘Menghapuskan Pemberat Hidup’.

Ayat paling panjang dalam al-Quran adalah ayat mengenai hutang. Bolehkah kita berfikir mengapa ayat terpanjang itu mengenai hutang, bukan perkara lain?

Kang Razzi Armansur

Orang yang sudah biasa menulis. Dan bolehlah dikatakan sebagai kerjayanya. Sudah menghasilkan lebih 30 judul buku. Sebahagiannya 'best-seller'. Juga mengajar menulis walaupun merasakan tidak layak untuk mengajar cara-cara menulis. Ia telah dibukukan dengan judul, "Ini Buku Saya!"

SPONSOR