Tularan.com
Samsung Galaxy fold 1 e1559997963542

Samsung Galaxy Fold Berharga RM8,388 Habis Ditempah Dalam Tempoh 24 Jam

Telefon pintar Samsung dengan skrin boleh lipat, Samsung Galaxy Fold telah dibuka tempahan awalnya di Malaysia pada 9 Oktober 2019. Walaupun harga jualannya pada RM8,388 melebihi kebiasaan, ia tidak menghalang rakyat Malaysia untuk mendapatkannya sehingga stok tempahan habis dalam masa kurang dari 24 jam.

Untuk menempah Samsung Galaxy Fold, pembeli perlu pergi ke Stor Samsung terpilih dan membayar wang despoit sebanyak RM800. Baki bayaran perlu dibuat semasa mengambil telefon tersebut, bermula dari 16 Oktober sehingga 31 Oktober 2019.

191003 galaxy fold dalam tangan

Tiada hadiah istimewa diberi untuk tempahan awal tetapi Samsung menyediakan perkhidmatan VIP untuk semua pembelian Galaxy Fold. Pembeli Galaxy Fold akan menerima Perkhidmatan Eksklusif Perdana berupa:

  • Pakej perlindungan skrin dalaman selama 1 tahun
  • Talian bantuan 24/7
  • Penghantaran terus ke pintu
  • Kaunter keutamaan ekspress

Galaxy Fold yang dijual di Malaysia tidak menyokong rangkaian 5G, hanya 4G LTE dengan RAM sebanyak 12GB dan storan dalaman 512GB.

Samsung tidak menyatakan berapa banyak unit yang telah habis ditempah. Tiada juga kenyataan sama ada orang ramai boleh membeli terus Galaxy Fold selepas 16 Oktober 2019. Jika anda tidak mahu menunggu set rasmi Malaysia, set import ada dijual dari penjual seperti Mobile 2 Go.

Sumber: SoyaCincau.com

Jane Balkis

Penulis Residen Tularan.com. Mula menulis sejak sekolah Menengah lagi. Semakin giat mempelajari teknik penulisan yang betul, setelah penulisannya kerap disiarkan di majalah sekolah, dulu. Berterusan belajar, "Bagaimana supaya pembaca membaca hingga ke perenggan terakhir."

SPONSOR