Perkara yang sangat senang dilakukan tanpa sebarang modal, menggembirakan semua pihak, namun tidak ada atau sangat jarang yang melakukannya, walau hanya perlu masa kurang dari seminit sahaja!
Selayaknya imam yang mengimami kita menerima hadiah besar dari makmum, kerana beliau telah menggandakan jumlah pahala yang diperoleh, berganda-ganda berbanding solat bersendirian.
Tapi, mana hadiahnya? Penghargaannya? Tak perlu. Cukuplah mengucapkan “Terima kasih” padanya, semasa bersalam selepas solat. Bukan dari mulut tapi dari hati dan mulut. Tak sampai seminit pun mengucapkannya.
Itulah hadiah dan penghargaan besar padanya kerana membantu kita memperoleh gandaan pahala. Walaupun sebenarnya tak ada hadiah atau penghargaan yang mencukupi, anggaplah sahaja itu sekecil-kecil hadiah dan penghargaan.
Sangat mudah. Kerana mudah ia dianggap remeh, sebab itulah nampaknya tidak ada yang mengucapkan ‘Terima kasih’ pada imam yang sudah menolong kita.