Tularan.com
tularan travel feature

Tip Melancong dan Bercuti dalam Malaysia Supaya Menggembirakan

Tidak semua orang ada bajet untuk travel dengan mewah. Tidak mengapa, anda juga sebenarnya boleh bercuti di Malaysia walaupun dengan bajet yang tidak seberapa.

Bercuti Ketika Musim Monsun

tularan travel monsun
Di antara bulan November dan Mac, angin monsun timur laut akan menyelubungi negeri-negeri pantai timur semenanjung Malaysia. Pada waktu itu, harga hotel dan penerbangan akan menurun untuk jangka masa beberapa minggu. Jadi pastikan anda menempah hotel dan penerbangan pada waktu itu.

Selain negeri pantai timur, negeri-negeri lain adalah sesuai dikunjungi sepanjang tahun. Yang paling penting, elakkan bercuti ketika musim perayaan besar seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas. Ini kerana laluan perjalanan akan menjadi sangat sibuk.

Kereta Api, Bas Atau Kapal Terbang ?

tularan travel keretapi

Kos pengangkutan adalah bergantung kepada destinasi yang ingin dituju. Sekiranya anda ingin bercuti di dalam negeri-negeri di Malaysia sahaja, kosnya tidaklah begitu berbeza. Kita ambil contoh dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang :

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang menggunakan bas hanya sekitar RM60 sehala, kereta api ETS KTM berharga RM59 dan tiket kapal terbang pula berharga RM79.

Jadi, pandai-pandailah pilih mod pengangkutan yang dirasakan sesuai dan tidak memenatkan anda. Pastikan anda survey harga terlebih dahulu.

Uber, Grab Atau MyRapid?

tularan travel bas

Untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat, anda perlu memilih dengan teliti kerana anda akan menggunakannya dengan kerap.

Teksi adalah sangat tidak disarankan kerana harganya yang mahal. Sebaiknya, naiklah pengangkutan awam seperti LRT dan bas henti-henti yang jauh lebih murah. Sistem bas Rapid beroperasi di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan. Satu lagi cara nak murah adalah dengan menaiki Uber atau Grab.

Hotel Bajet Atau AirBnB ?

tularan travel hotel budget oyo

Anda bertuah kerana AirBnB adalah sah di Malaysia, tidak seperti di negara-negara lain. Ini bermakna anda berpeluang untuk menginap di apartment cantik dan homestay dengan harga yang berpatutan.

Hotel bajet juga adalah satu alternatif untuk anda menginap ketika bercuti. Kebiasaannya hotel bajet sebegini harganya kurang daripada RM100 untuk semalam dan ada sesetengah yang menyediakan sarapan.

Lawatilah Tempat Menarik Yang Tidak Mengenakan Caj Mahal

tularan travel jonker street

Terdapat banyak sebenarnya tarikan menarik dan aktiviti yang boleh dilakukan dengan bajet minimum. Antaranya adalah berkunjung ke pasar, tempat-tempat keagamaan, mendaki bukit dan banyak lagi.

Sumber: https://deenamik.com dan Internet

Syarifah Atilia

Belajar menulis dengan membaca gaya tulisan penulis terkenal. Kini Penulis Residen Tularan.com. "Siapa kata menulis itu kerja mudah?"

SPONSOR